Monday, August 1, 2016

Perancangan Majlis Alumni.

 



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Blog ini dibina selang 3 hari lagi pertemuan yang bersejarah dikalangan bekas pelajar aliran sains SMK Bingkor, Keningau Sabah sesi 1985/1986. Majlis dirancang akan diadakan pada 5hb Ogos 2016. Secara kebetulan ianya setelah 30 tahun kami berpisah selepas menduduki SPM 1986. Syukur atas cetusan idea beberapa orang yang sangat perihatian dikalangan ahli iaitu diantaranya En. Nasir Angampun, En. Janting dan Pn. Belinda Harry. Segalanya bermula dengan usaha mereka menjejaki semua ahli melalui alam maya di media sosial Whatsapp Group. Dalam group berkenaan pula, sokongan dan sambutan daripada semua ahli amat menggalakkan yang seterusnya saling berhubung untuk memaklumkan tentang hasrat murni ini.

Usaha ini menjadi semakin mudah dengan sokongan En. Nasir yang sanggup menyediakan tempat dan jamuan secara percuma di premis beliau Warung Zara, Simpang 4 Kg Bingkor-Binaong. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segalanya dalam menjayakan pertemuan ini, semoga Allah melimpahi rezeki dan rahmat keatas apa jua yang diusahakan beliau.

Ketika penulisan entri ini dibuat, perbincangan dikalangan ahli masih rancak tentang pelbagai aspek berkenaan dengan hari yang bersejarah nanti. Semoga usaha ini dipermudahkan dan kehadiran ahli nanti akan mampu menggerakkan pelbagai program yang berfaedah selepas pertemuan pertama ini.

Antara tujuan pembinaan blog ini adalah sebagai medium menyimpan pelbagai cerita dan gambar kenang-kenangan untuk tatapan ahli pada masa akan datang. Insha Allah, blog ini akan sentiasa dikemaskini apabila terdapat maklumat atau cerita yang sesuai dikongsikan hasil sumbangan semua ahli.

Insha Allah...

No comments:

Post a Comment